Monday, January 12, 2015

COMPLETED MY DEGREE OF ISLAMIC ASTRONOMY

Bismillahirrahmanirrahim

        Alhamdulillah, I just finished my last final examination, and 7 semesters of my degree is now over. Alhamdulillah, syukur pada-NYA memberi peluang dan kesempatan untuk menghabiskan my bachelor of Islamic Astronomy in University of Malaya dengan JAYANYA, mampu? ahakk. Many thanks to my dearest mom, my relatives, my lecturers, friends and else. Thank you so much. There's no meaning without you all.

       Student life is not easy like I thought. Full of challenges, ups and downs, etc. Sometimes i'm feeling crazy you know. beriya kau kan. hahaha. The assignments, tests, examinations,... increasingly difficult and different sem by sem, year by year. But then I love my studies, my course. Love my student life..and all. I'm pretty sure, gonna miss all the moments being student in UM. um is one! Ecehh.

         Seriously, jadi student tak pernah cukup masa. Masa buat assignment, masa nak study utk test, project, exam ponn. Masa awal2, banyak terbuang sikit, sikit je. ciss! At the end, mula kelam kabut. Study siang malam, sampai lebam. Final sem ni, memang agak exhausted. Menghabiskan saki baki jam kredit, plus aku 'gatai' tambah lebih jam kredit sampai 3jk. Orang lain tambah 1jk or 2jk je. Ini sebagai langkah berhati-hatilah. Alah! cakaplah kau kurang yakin kan. sebab tu amik lebih. no! serious langkah berhati-hati, even tak pernah repeat, kita tak tahu apa macam mana next. so, be prepared ok. Exam memang cantik, (sangat --") tersusun setiap hari tanpa gap. Adala yang last paper tu gap sehari. 5,6,7,8, and 10 Jan 2015. Waktu tu barula rasa berharga sangat masa. Kalau boleh tambah jam, nak tambah lagi 24jam, 48, 56, 1 week. Kau melampau kan. Waktu2 exam juga, dah rasa macam zombie je. Haha.. so exhausted. But I'm sure, work force will be far more exhausting than study life. Siaplah kau. Dah siap la ni..fizikal and mental, nak berhadapan dengan bos.

         Tak cukup lagi stress exam hah, dah habis exam ni, as an astronomy student, I'm sure you're used to all the questions by now right? "What do u want to do after graduate?", "What can you do with that degree?", "What kind of work u want to apply?" blablabla.. plus a question "so, when you want to get a marriage?" lol- bertalu-talu soalan akan keluar terutamanyaa macik2 sebelah rumah.. yang selalu datang rumah kita, makan biskut kering cicah air kopi. sebenarnya bukan nak datang makan sangat, biskut kering banyak je kat rumah dia. saja diorang nak tengok kita lama tak nampak kat rumah. "besar dah anak dara ni", "boleh kahwin dah ni", "cantik dia sekarang" . hahaha, Makcik2..acah je macik. tahu la, macik sayang and rindu nak tengok muka ni kan. Of course la semua mulai bertanya, especially our parents right. awak dah belajar teruk2, habis takkan nak duduk rumah, tengok sinetron ja setiap hari. In shaa Allah, masing2 ada target, masing2 ada rezeki. Mana ada rezeki jatuh gedebuk depan mata. sabar yo.

          Truly, I enjoy my study. because I like something practically. Buka teleskop, theodolite, buat cerapan hilal, matahari, bintang etc. berpanas berhujan sampai tona kulit tak sekata kau. But seriously, sangat best. Ingat selepas harungi perit getir ni, mudahlah dapat kerja. maklumlah, belajar teori+praktikal sekali. Cehh, ingat senang ke nak dapat kerja sejurus selepas tamat belajar ni. Awak, ingat boleh jadi macam angkasawan Sheikh Mudzafar or Major Dr, Faiz ke. Takkan orang nak cari awak. Ok, start sekarang dah kena usaha cari kerja yang sesuai. And now, I realized that my degree wasn't the ticket to success that everyone made it out to be. Anddd maybe I think to futher my study for M.A. In shaa Allah. Pls drop your du'a, to me and my friend. May Allah ease my life and you life.


Jzzk. Love u all


Sunday, December 15, 2013

How to align a telescope mount


For prolonged astronomical observation and most forms of astro imaging, there is a preferred form of telescope mount: the ‘equatorial’. You will encounter it in one of two principal flavours. The ‘German’ is the preferred form for refractors and Newtonian reflectors, where the instrument is attached to the mount in a cradle balanced by a counterweighted shaft on the other side. The ‘equatorial fork’ doesn’t require a counterweight and is the norm for squat-tube mirror-lens systems like Schmidt- and Maksutov-Cassegrains. Both of these forms of mount have two axes of rotation, one of which – the polar axis – has to be made parallel to that of the Earth (see box, ‘Equatorial mounting’).
  
Polar alignment

Northern hemisphere observers have a convenient marker to the north celestial pole in the form of Polaris, the Pole Star. For very casual viewing with a portable mount, merely sighting along the polar axis to Polaris will suffice. Some equatorials possess a hollow polar axis equipped with a small sighting telescope to assist you. Unfortunately, the true celestial pole lies nearly a degree (just under the width of two full Moons) from the Pole Star.



Equatorial mounting



The equatorial mount possess two axes of rotation, one of which is designed to be aligned parallel to the Earth’s axis of rotation. This so-called polar alignment is not hard to achieve.
It’s also well worth the effort as the scope only needs to be rotated about the ‘polar axis’ to track a celestial object. This motion can be controlled by a single motor (a ‘right ascension’ drive), freeing you to fully enjoy the view or to photograph the object in question.



In contrast, to track a celestial object with an ‘altazimuth’ mount, you will need to turn the telescope about two axes simultaneously. This skill comes with practise, but rules out most forms of astrophotography.



Accurate photography

If a higher degree of accuracy is required for astrophotography, or if your observing location has an obscured horizon to the north and you can’t see Polaris, you need to follow the walk-through at the bottom of the page. This is a procedure you can do in daylight.
You need to make two adjustments to get your equatorial mount working as designed. The first turns the polar axis until it points towards true north. This can be done with the assistance of an orienteering compass, providing you make allowances for magnetic variation (see links, ‘Where to find out more’).
The second adjustment inclines the polar axis to the horizontal at an angle equal to your latitude. For someone in, say, Norwich, this will be 52.6 degrees. You can determine your latitude and longitude online at Multimap.com.
Now that you have accurately polar aligned your equatorial mount, you can track celestial bodies with ease. You may use the mount’s built-in setting circles to dial in catalogue coordinates of objects too faint to see with the naked eye.



FIND OUT MORE

► Find your latitude: 
www.multimap.com
► Find your magnetic variation:
http://www.ngdc.noaa.gov/geomagmodels/Declination.jsp


tq! :)

Monday, October 21, 2013

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt

AMALI CERAPAN.. Apakah?
Itu merupakan salah satu subjek teras program bagi student falak di UM. Seperti yang semua tahu, amali itu adalah proses belajar secara praktikal, bukan teori ye. Actually, teori bagi penggunaan instrumen astronomi kami dah belajar semester lepas. Praktikal kali ini pula perlu melakukan ‘kerja-kerja’ di luar kelas (bajet pulak). kalau dulu, time 1st year memang tak tahu sangat pasal teleskop, nak pasang teleskop apatah lagi. noob sangat kannn. Biasalah budak lagi. freshie gitu. Jadi, tengok jela akak2 dan abang2 senior 'uruskan' teleskop tu.

Ok, sekarang memandangkan kami perlu mengambil subjek itu, jadi kami perlu belajar untuk mengendalikan teleskop, dan peralatan astronomi yang lain seperti teodolite, jam matahari, kompas dan sebagainya. Dengan rasa terharu dan rendah hati saya  ingin berkongsi dengan anda semua mengenai cara mengendalikan teleskop.

Untuk mengendalikan teleskop ni ada banyak ‘step’nya ok. Tak kisahlah, dari mempersiapkannya, menggunakannya, me…..kannya sehinggalah menyimpannya kembali. Tak boleh main redah je, cuba-cuba la, try-try ke ehh. tak ye tuan-tuan dan puan-puan. Ingat macam nak buat cekodok, bancuh tepung dengan pisang, then gorenglah besar mana pun yang anda nak. (Kau dah kenapa masuk bab pisang goreng). Lapar sangat ke? -.-“ . Untuk pengetahuan pembaca, dan mungkin ramai yang dah sedia maklum peralatan astronomi bukanlah seperti harga membeli cekelat seposen dua biji. Tak ok.. mencecah puluhan ribu (lagi mahal lagi canggih). Kalau dah silap sikit, then rosak..habislaa. siapa mau bayar ma. 

Berbalik kepada kaedah mengendalikan teleskop tadi. Untuk peralatan astronomi lain, saya akan terangkan kemudian tahun. Serius? Nampak tak, betapa lambat lagi untuk saya update blog ni. As a student ni, tau2 la banyak sangat komitmennya. serius saya sendiri tak suka ayat tu. mencipta pelbagai alasan kan. Actually saya sendiri yang malas update. Idea tu ada saja, tapi terbiar pulak. hurmm. 
Ok, teleskop teleskop teleskop. Perlu tahu dahulu komponen utama bagi sebuah teleskop. Antaranya ialah kaki tripod, mount, tiub teleskop, teleskop pencari (finder scope), dan kanta mata (eye piece). Anda juga mungkin memerlukan unit motor untuk membantu anda menjejak objek langit.

Ketika Persiapan:
§  Leveling:  Mengatur kaki teleskop sedemikian rupa sehingga penyangga teleskop sejajar dengan tanah.  Hal ini dilakukan agar teleskop tidak roboh saat digunakan;
§  Mengatur keseimbangan tabung utama teleskop dalam sumbu rotasi deklinasi dan sumbu rotasi sudut-jam (RA);
§  Mengatur Finder Scope sehingga objek yang terlihat di finder scope sama dengan objek yang terlihat di lensa okuler (eye piece);
§  Mengatur posisi teleskop sehingga sejajar dengan sumbu rotasi bumi.  Jika tempat pengamatan berada di belahan bumi utara maka teleskop dapat diarahkan ke bintang Polaris yang berada dekat dengan kutub utara langit.


Cara menggunakannya:
§  Setelah teleskop dipersiapkan sedemikian rupa maka kita perlu tahu koordinat objek langit yang akan diamati.  Software planetarium, seperti Stellarium (http://www.stellarium.org), (http://www.sky-map.org/ ) dan juga boleh install sky map di android masing-masing. Ianya dapat membantu kita untuk menemukan koordinat benda langit yang akan diamati.


Teleskop 10 inci. lama dah berjasa kat student2 falak di UM. Legend kan? ^^

Yang ni teleskop di Balaicerap Teluk Kemang, Port Dickson. agak berapa juta? Tak boleh nak buka, pasang, tutup. memang sedia ada kat situ. . 


# Bagi yang mahu belajar cara pengendalian teleskop, perlu mempraktikkannya supaya ianya lebih jelas dan faham. Jika sekadar baca, mungkin tidak faham secara keseluruhannya.

sekian. Selamat mencerap ! :)

Friday, September 13, 2013

SUPER SENIOR

Bismillahirrahmanirrahim.


Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

One step closer… Akhirnya kami telah ke semester baru iaitu semester 5, tahun 3. Tahun 3 tau tak. Dah kenapa tahun 3. Tahun akhir bagi kursus Syariah Astronomi Islam la. Tapi kami bukan super-duper senior lagi, because what? ada lagi senior atas kami sekarang, iaitu senior akhir semester 7. Kami semuanya ada 7 semester, yang mana semuanya 3 tahun setengah la. Paham kan. Excited nak habis belajar ke? Tak sabar nak kerja? Or etc..? masing2 punya plan tertentu ok.


Semester ini subjek yang kami ambil semuanya agak berat. Dah macam nak angkat berat pulak –“. Kebanyakan subjek hard core la which is 3 credit hour. Dengan Final Year Project (fyp) lagi. Fyp kami kena ambil data dan buat kertas kerja. Maka bertebaranlah student-student falak di sana-sini untuk mengambil data2  projek. Muehehe. Stress u know. Nak ambil data projek perlukan kesabaran yang tinggi dan peruntukan kewangan juga. Ada yang ambil data dekat Selangor, Pahang, Kelantan, Terengganu. Macam saya sendiri, tak state dekat satu-satu tempat. Tapi antara tempat yang saya ambil data adalah di Balaicerap Teluk Kemang, Port Dickson dan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.


Terbayang tak macam mana ambil data tu? Ok, saya bagi satu contoh tajuk fyp saya. Pengimejan Hilal Tua dan Hilal Muda OR Imaging of Waxing Crescent and Waning Crescent. Data yang diambil around 5 days for Hilal Tua dan 5 days for Hilal Muda. Berjagalah tengah-tengah malam dan di awal pagi untuk menantikan sang Hilal. Antara cabaran untuk ambil data bagi tajuk ini adalah, hilal yang sukar kelihatan terutama apabila semakin menipis, cuaca yang tak menentu seperti awan tebal, hujan, berjerebu dan sebagainya. Jadi, ada jugalah data-data yang kosong. Hurmm. Nanti kami akan ceritakan mengenai kisah FYP kami ok. Stay tune!


Berbalik pada topic mengenai subjek tadi, subjek yang kami ambil sem ini seperti biasa terdiri daripada subjek Pengajian Islam dan Sains. Antaranya adalah seperti, Fiqh Usrah, Isu Kontemporari menurut Al-Quran dan Al-Hadith, Petunjuk Al-Quran dan As-Sunnah tentang Astronomi, Konsep Perhitungan Arah Kiblat dan Waktu Solat, Amali Cerapan dan Rukhyah Hilal dan sebagainya. Ada juga batch kitorang yang ambil tak sama subjek. Tapi almost sama la, terutama subjek sains. Susah juga la nak susun kelas tutorial dll if tak sama actually. Alhamdulillah, akhirnya semuanya dipermudahkan. 

Stress.?? huwaaa. tskk tskk



Eventhough subjek sem ini agak tough, ianya tidak menjadi alasan untuk kami terus menyerah pada awalnya. In shaa Allah, we’ll be doing the best for this sem. Especially me, coz i'm not a bright student so i must work really hard to keep up. Mohon doa kalian. Tajdid niat, moga Allah redha setiap perkara yang kami lakukan. Semoga dapat membahagiakan hati-hati yang sentiasa mengharapkan kejayaan kami. Ameen.


Okay, terus mood study :) . See on next post. May Allah bless us.


Thank you for reading!

Saturday, June 29, 2013

Last Paper ! Philosophy of Islamic Science

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah just finished our final exam for sem2, year 2. Yuhuu.
Orang lain ada yang dah beberapa hari pun habis, ada yang dah selamat sampai rumah. Apa2 la, janji bukan kami yang tutup exam hall tu (pon boleee), sebabnya ada lagi student2 lain yang ada exam esuk lusa.. Yang penting kami tak pun menjerit, melaung, memekik mahupun menangis gembira lepas habis last paper tu. Nampak tak, punya jaga perasaan pelajar2 lain yang belum habis lagi. Tapi dalam hati punya la excited gitu. merdeka la sekejap. bebas dari tekanan jiwa mahupun mental dan fizikal. Then, adala sesi bergambar bersama Falakians untuk kenangan terakhir bagi sem ni gitu.sobs3. mende2 ni memang setiap sem mesti tak lepas, perlu ambil2 gambar after last paper. dah kenapa --'' . Nak tau, camera man pon yang sama jgk. hehe

sebahagian Falakians 


Okay, berbalik pada last paper. Last paper. Last paper..brapa kali langsung nak ulang. Last paper tu -.- adalah subjek FALSAFAH SAINS ISLAM. Filsafat gitu.. subjek yang menggunakan bahasa yang begitu tinggi. Kena berdasarkan logik akal jgk tau. Tapi perlu berteraskan al-Quran dan as-Sunnah. Kadang tak tercapai juga akal ni. Mencuba sedaya upaya untuk memahami subjek tu. Boleh putus urat dalam kepala ni satu persatu. Huhu. Memang respect dekat Imam Al-Ghazali yang merupakan perintis Falsafah Islam. Hasil karya beliau yang menjadi rujukan utama bagi falsafah ialah Tahafut al-Falasifah. Memang kami guna kitab ini sebagai rujukan. Act banyak ja kitab2 lain, yang satu ni pun tak mampu. Fening tau tak.. ada lagi ahli2 falsafah lain seperti Ibnu Sina, al-Farabi, Plato dan sebagainya. Tetapi Imam Al-Ghazali telah menolak sebahagian daripada mereka. Hujahnya adalah mereka telah menafikan kewujudan Tuhan dsb.

Kata Imam Al-Ghazali : “...maka sewajarnyalah mereka (Socrates, Plato, Aristotle dan para pengikut ajaran mereka) itu dianggap kafir, dan juga mengkafirkan pengikut-pengikut mereka dalam kalangan ahli falsafah Islam seperti Ibnu Sina, Al-Farabi dan orang-orang seperti mereka.”


Jadi, falsafah act satu usaha untuk mencari kebenaran, (seeking the thruth), dan kebenaran itu sebenarnya hanya Allah. Kalau kita cuba mencari erti hakikat hidup, maka ini adalah falsafah.  Hakikat hidup yang sebenar hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Yang kita tahu berdasarkan apa yang diberitahu oleh Allah, maka itulah yang benar dan mutlak.  Yang kita fikirkan sendiri menjadi falsafah kita dan tidak bersandarkan kepada kitab Allah, maka itu tidaklah sebenar, ia tidak mutlak dan ianya bersifat relatif. That’s why bermacam2 falsafah timbul hasil pemikiran manusia. Contoh, Liberalisme, Hedonisme, Kapitalisme dsb. Jika falsafah itu daripada Allah or wahyu, maka ia akan sama sahaja prinsipnya dan juga matlamatnya. Falsafah sains Islam yang kami belajar berkaitan dengan alam, jiwa, kehidupan manusia dan sebagainya. Penting !


Ilmu ni sangat penting u know. Takda ilmu Islam yang tak penting. Uols patut belajar juga dan turut merasai putusnya urat2 di kepala disebabkan sukarnya nak memahami ilmu ni. Ohh plislaa. tak payah nak auta sangat. Saya percaya kalian orang bijak pandai, tak perlula sampai nak putus2 urat sangat.  Okay, lastly kalau nak tahu lebih lanjut tentang ilmu Falsafah ni, boleh mulai menggoogle or cari kitab2 yang berkaitan.

Sekian.


Enough. Wallahu’alam

Sunday, June 23, 2013

SUPERMOON.. PERIGEE APOGEE. APAKAH?

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, dengan anugerah dan kurniaanNYA kita masih dapat bernafas di saat ini, dan terus dapat menikmati segala nikmat pemberian yang Maha Esa.

Ok, malam yang indah ini (Subhanallah J ) saya nak berkongsi mengenai satu fenomena astronomi ni. Bagi anda yang suka malah bahagia untuk mengamati berbagai fenomena semesta, malam ini adalah adalah waktunya ! Fenomena SUPERMOON kembali hadir. Sebenarnya fenomena juga  seperti purnama biasa, nampak biasa2 saja. Namun hari ini, bertarikh 23 Jun 2013 (ayat xmenahan kan) bulan mencapai jarak terdekatnya dengan bumi.

Apakah supermoon, perigee, apogee?

Okay.. Tau x apakah Supermoon tu.? bukan superman, superhero mahupun super junior yang diminati ramai tu. hakhak. tolong serius ye. Supermoon adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan bulan penuh dan kedudukan Bulan, sama ada Perigee atau Apogee. Perigee pula adalah, ketika bulan berada pada kedudukan paling hampir dengan orbit. Di dalam setiap satu kitaran atau pusingan bulan mengelilingi Bumi, disebabkan orbit bulan bukan berbentuk bulat, tetapi elips, maka akan ada ketikanya ia berada hampir dengan bumi (perigee). Manakala apogee pula ketika bulan berada jauh dari bumi. Jaraknya dengan bumi di sepanjang laluan orbitnya tidak sama. Ingat ya, orbit Bumi BUKAN berbentuk bulat, ianya berbentuk elips. Kalau ada juga mengatakan bulat, memang boleh geng dengan Ptolemy la. Boleh hukum buang dari Bumi ini. haha

Perigee (dekat) nampak besar, Apogee (jauh) nampak kecil la.


Memandangkan saya belajar astronomi gitu, dari 1st year lagi selalu dengar lecturer cakap perigee apogee. Memang selalu ulang2, sampai la dah tahun akhir. Kot? ^^ .. malah untuk memudahkan kami mengingatinya, yela mana satu dekat mana satu jauh, so kami buat cara tersendiri. Nak senang ingat ja ( perigi dekat, so apogee jauh) . Nampak, kreatif x. Kalian boleh amalkan (motip?) . haha.

Sila tengok langit sekarang, kalau yang baca post ini sekarang awal. kalau dah lewat xpayahla. -.-" . Bulan memang kelihatan agak besar dari kebiasaan, dan warnanya lebih oren malam ni. sebelum ni warna apa?  selalu kita nampak cahaya just macam kuning cerah gitu. 


Okay, cukup sampai setakat ini dulu. Nak sambung study balik. Nak study ke nak balik? Apa2 jela. 

#exam tak habis lagi, masih berbaki 2 paper. memandangkan esuk solar system, thats why rajin semacam nak post mengenai fenomena ni. sempat lagi kan.

sekian.

doakan saya dan rakan2, Assalamualaikum earthlings! 

Friday, April 5, 2013

FALAKIANS GATHERING

Bismillah..


Alhamdulillah.. baru menghabiskan separuh sem  bagi semester 4. Separuh sangat. Today is our last day, before mid-sem break. Baru mid-sem break, bukan habis satu sem dah. Beriya sangat kan. Uihhh, break2 jangan dibuat mudah, perkataan keramat bagi kebanyakan pelajar. Asal break ja, muka sorang2 terus berseri-seri, senyum lebar jer sampai telinga. Yela, seronok nak balik kampung katanya. Yala sangat -.-‘’ . betul la. Ada yang semangat dah beli, book tiket awal-awal. Macam duduk obersea sangat. padahal, siaplah semua dengan assignment, get ready untuk test after cuti dan sebagainya. cuti bukanlah untuk bersuka-ria, sekadar masa yang sekejap cuma untuk pulang menziarahi keluarga tercinta. nahh..


     Jadi, sebelum semuanya pulang ke pangkuan keluarga, kami pun bercadang nak buat gathering gitu. Actually, plan awal nak celebrate budak-budak yang besday bulan 3. Hal ini disebabkan, batch kami ramai yang lahir bulan 3. Tapi sekarang dah bulan 4 pun. Dari awal dah plan nak keluar makan-makan camtu la, disebabkan masa yang tidak mengizinkan sehinggalah jatuh pada hari ini ‘masa’ itu. Tapiiii (banyak betul tapi2 kau kan) rasa macam tak best pulak tak ajak yang lain. So, ajak juga la yang lain-lain, termasuk budak lelaki (bukan ajak-ajak ayam ok, ini serius). Memandangkan ramai boleh dan nak yang join, bertukar konsep lah jadinya. Tapi lagi, takdela semua batch kami join. So, jadilah "FALAKIANS GATHERING". Macam best kan2? Haa..mampu. bajet sangat ;DD


       Jarang nak boleh gather2 ni uols tau. Ehh? Padahal, setiap bulan ada ja program falak dekat Teluk Kemang, Port Dickson. Hewhew..seronok dapat meluangkan masa bersama. Dalam kesibukan, kebusian, kehectican…etc... selama ni, akhirnya ada juga masa yang nak diluangkan bersama. Nak buat apa benda-benda camni? Penting tau awak-awak. Inilah yang dinamakan ukhuwwah tau. Mungkin juga ada yang melihat budak falak ni dengan budak falak ja. Takla, kami berkawan dengan semua tau. Takda gap-gap ok. Tak suka tak suka begitu. Cuma, mungkin bonding antara kami nie kuat, nampak macam rapat each other sehingga ada yang mengeluarkan persepsi sebegitu. Hakikatnya tak benar sama sekali. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh..lalala.


         Gathering ni bermula lepas maghrib. Nak buat siang, kelas sangat pack. Malam yang indah itu, ditemani bulan bintang lampu-lampu neon tepi jalan yang menyinari seluruh alam, bertempatkan tempat yang vogue sangat (KFC dekat 9th college ja pun) gathering santai ini pun berlangsung. Macam annual dinner la pula kan. Takde la, yang ni memang betul santai saja. Lepas semua dah order makanan masing-masing, Izzat Rizaimi, selaku pembaca doa mula mengetuai bacaan doa. Kami memang tak tetapkan semua kena makan benda yang sama sebab citarasa semua berbeza amat -.-“ . Usai bacaan doa, semua mula menyepikan diri seketika untuk memberi laluan pada sesi jamuan makan. Err.


            Kau, aku dan semuanya, beramah mesra, bersama senyum tawa, berkongsi pelbagai cerita dan isu semasa, bergelak ngilai-mengilai (ini tipu) sehinggalah minit-minit terakhir bersama. Sedih pula nak berpisah. Nampak tak betapa kuatnya bonding yang sudah dikatakan seperti pada perenggan di atas. Hmm. Sebelum berpisah, kami mengambil keputusan untuk mengadakan sesi bergambar. Padahal, time makan sebelum tu ada jugak bergambarnya. Kau macam majlis formal la pulak kan. Alah, nak susun ayat sikit pun tak boleh kan. Dengan muka manis semanisnya, salah seorang dari minta la tolong brader dekat ambil gambar kami semua. Tenqiu2..

Time bacaan doa :)

nahh amek kau..3 ketul sekali -.-"

inilah Falakians yang dapt hadir. Alhamdulillah

          Last but not least, kami mengucapkan salam perpisahan..bersalam-salaman gitu (laki-laki, perempuan-perempuan la) , lebih kurang 10 lebih camtu la, semua membawa haluan untuk pulang ke kolej/rumah sewa masing-masing.

Ma’as Salamah, wa ilal liqo’. Jagadiri, jaga iman tau. May u be blessed


Terima kasih sudi baca :)