Friday, February 15, 2013

Berkira-kira. IKHLASKAH ?

Alhamdulillah, result yg dinanti2kan oleh warga Falak dah pun keluar. Sebelum ni dgr ura2 dah keluar, tp xkeluar2. Malu nak menunjukkan diri kot ^^ . Almaklumlah ‘cantik’ sgt. fac lain ada yg dah keluar. Fuhh, debar2 nak check. o.O . nahh. ALHAMDULILLAH, Syukur sgt result kali ni. Terima kasih Ya Allah. Sujud syukur ^^


 *********************

                     I know tht im doing better tht sem. So that, im getting better.? Alhmadulillah yg mampu diluahkan. nak tahu? Xperlu la, sy selesa utk tak dikecoh2kan. Wahh bajet btl.. 1st class kahh. Ehh?? xkot. sy masih lemah. Yang penting, Im struggle everyday u know (mybe time stdy week, uhuks) . ini usaha sy , so ini hasil sy. Fuhh, serius teringat momentmomentum nak exam tu. Penuh pahitmanis la. Byk pahit lg kot.ntah. Ke library siang malam dgn kwn2, Jmpa lect, stdy sampai lebam, minum coffee, konon xmau tido,.. etc la sampai hidup pn xterurus, kesihatan dah terabai. Urghh.. ini smua poyo.! Smuanya seperti terpesong dari jalan yg spatutnya. Ada ke patut, stdy smpai xtido. Serius, sy sndiri sedar tu bkn cara yg betul. Astagfirullahal ‘azim, tajdid balik niat. Ya, 4 sure la, dlm hati ini ttp mnyatakan belajar krnNYA. LILLAHI TA’ALA. . I know blaja bkn krana pointer, tp pendidikan skrg mementingkan pointer. Mcm mana tu? Biarlah niat kita Lillah seiring dgn matlamat kita(nak cmerlang). Takkan nak ala kadar je, ckup2 mkn jer. Kita sendiri tahu mana baik utk diri. Btw, I’ve got ‘smthing’ selama sy belajar ni. Alhamdulillah, from nothing to smething right.? Daripada xtahu apa2, hngga mgkin masih sdikit ttg astronomi. From jahil to berilmu.? Even kdg last mnute, tringat ada jgk yg malam b4 exam, byk pula O nya. “O mcmni, o mcm tu,o bru tau, o bru phm, ooooo bulat….”


 ***************************

                 Sesungguhnya, Allah know whts better 4 us. Allah sdang menguji kita. Dia maha mengetahui. Allah tahu hikmah di sebalik keputusan kita. . Allah beri kita kejayaan or kegagalan . Itu semunya bkn ANGKA-ANGKA kosong ok. Mungkin dgn kejayaan yg diberi, kita akan riak, bangga, takbur or else so, Allah selamatkannya dgn memberi yg sepatutnya. Or mungkin Allah nk uji, dgn nak lihat bagaimana penerimaan kita setelah gagal. Adakah nak give up jer, tukar course, nak bhenti blajar whteverla kan. Or mungkin Allah nak kita usaha dgn lebih gigih lg, whos know? Dan mungkin jgk bg yang dpt kejayaan yg cemerlang, Allah nak tgk apakah dia bersyukur atau x. riak ke, war2 1 fac ke or 1 u terus,” wahh sy dapat 4flat! kau mampu??”.. DOTT, titik hitam dlm hati tu blh rosakkan sgala amalan baik kita selamanya. Hanya Allah yang tahu apa yg terbaik buat hambaNYA.


 *******************************

             Sejujurnya, sy jeles dgn result senior2 sebelum kami, hebat2, pointer cantik2. Mcm senang je nk score. 3.8, 3.9 …. Then grad 1st class. Apa rahsianya.? Bkn xberpuas hati dgn apa yg dpt, serius syukur, tp xsalahkan nak yg lebih baik. Em nak kata usaha, mmg dah usaha . Setiap sem, berkobar2 tanam azam nak buat yang trbaik. mmg nekad la... Tp, kdg rezeki xmenyebelahi kita. Selalu merencanakan yang terbaik dalam kehidupan. Namun rencana yang terbaik itu hanya dapat dilaksanakan dengan izinNya. Right? Check balik diri, niat tu btl ke. Teringat kata2 salah sorang lect sy dulu,“ dok belajar, tp masih buat maksiat, mcmmana ilmu nak tembus masuk” maksiat tu mcm2 jenis, semua pn tau kn. Kdg sy pn khilaf, kdg2 yg meniti di bibir ni, nk 1st class jer. Sedangkan keberkatan Allah lg penting. Belajar sbb nak cemerlang , redho dan berkat Allah diketepikan. Serius, mmg xterlintas mcm tue sbnarnya. Kdg kita cuai, kdg kita abai utk meletakkan Allah no.1 . Moga dijauhi dari syirik2 kecil, syirik besar apatah lg. Yang agak malu, kdg target tinggi2, tp usaha x memadai. Teringat dgn kata2 ust Pahrol Mohamad Juoi:

 “Apabila kita tidak mendapat apa yang kita inginkan, hanya ada dua sebabnya. Pertama, kerana kita tidak benar-benar inginkannya. Kedua, kerana kita tidak membayar 'harga' untuk mendapatkannya!”


*****************************

                 Skrg sy sedar, sy mampu tersenyum walau apapun keputusan yg sy dapat Kamu akan dapat apa yg kamu usahakan, banyak sikit bersyukur. nak mnyesal xguna. Ambil ibrah sesudahnya. Mungkin lepasni kena ubah cara, jgn stdy last minute, yg penting betulkan niat. insyaAllah, Allah murnikan niatkan kita. PLus: Ingat, niat x menghalalkan cara. Kita niat nak berjaya, tapi cara still xkena. Sama2 ingatkan diri ya, sy cakap bukan beerti sy pandai, hebat, nak riak whtever, serius TAK tp sy nak sgt kongsi ngn kwn2 semua. Nak saling mengingati. Tlg ingatkan sy. Moga kita IKHLAS ^^

 "Ya Allah, kami malu meminta syurgaMU dengan tangan yang berdosa dan mengaku cinta dengan hati yang alpa... namun kami tetap mencintaiMU walaupun cinta itu sering terganggu!" :( 



#Jazakumullahu kheir kathir <3

Thursday, December 27, 2012

“ Wahai jiwa2 yg tenang, kembalilah pd Tuhanmu dgn hati yg redho dan diredhaNya” l alFajr l



Bismillah..
Assalamualaikum wbt,

Sekian lama x update blog, skrg muncul dengan ‘ssuatu’.
Actually, just wanna tell final exam  4 this sem(sem1, tahun2) just around the corner. So dgn masa yg sy curi2 nie, I decided to write smthng^^  .Even exam dh nk dekat, tp still ada esaimen yg kena siapkan n htr b4 exam. tp bagus jgk, bg pndedahan pd kami pelajar falak, kalau x, mmg xtgkla sgtla notes tu. Bg jer tajuk, cerapan langit malam, kenampakan astronomi mula tercari2 maksud, mula menggoogle, mula nak tnya sana sini. Bukan itu shj, ada kelas time stdy week nie, kls geometry dgn Prof Sahar. Nice kann ^^ . saya suka actlly. Xkisahla, coz dpt buat revision lg, then tnya soalan apa yg patut. moga amalan ini dikira ibadah.  Amen Ya Allah..

**************

Byk benda berlaku sejak akhir2 nie, serabut? Many things 2 do, 2 think, 2 get, 2 achieve. Dunia kah? kdg sedar byk mmikirkan urusan dunia. Astaghfirullah. Don't get so close with the creations, but get closer and closer with the Creator. turn to Allah please ... Apapun berlaku di dunia, simpan, telan. Luahkan pd yg sepatutnya. Allah Maha Mendengar.  I take words from my fren :
sometimes unexpected things happen over and over again,
dun worry u did't lose anything,even u gain something=PAHALA”

***************

 Kadang exam nak dekat nie, rasa jiwa kosong. Feel loss. bila last mnute tu nak tgk, ni nak tgk. Biasa mengalaminya. Bertenanglah wahai hati. Bismillah, niat Lillah buka helaian demi helaian notes. Biasakan membaca dgn mengeluarkan suara,  lebih mudah utk mengingatinya. Focus tnpa ada gngguan dgn mmikirkan perkara lain. Pls call parents, mhn doakan utk kita sebanyak2nya. Xpe tamak doa. Doa ibu antara doa mustajab. Tringat, dulu slalu minta dari sape2 yg dekat, yg kenal2. Alhmdulillah, xsia2. Okay, jgn doa tawakal sj, pls do more effort ! Kejayaan tu bkn dgn hnya kita meminta pdNYA, tp dgn usaha kita jgk. Eat well, sleep well, be prepared. Stay calm ;)


Plis staystrong.indeed
harakatul inqaz :')

Okay.  La taii aaaa suu.. Robbi yasir wala tu'assir.Be strong!
Bittaufiq wannajah fil imtihan ^^



nak serius stdy lepas nie, jwb exam nie mcm kita nak jwb exam besar (sakaratul maut)


# mohon maaf sgala slh silap sepanjang perkenalan. sy insan biasa

Wednesday, December 26, 2012

ASTRONOMY?


Astronomi atau Ilmu falak – dalam bahasa Inggerisnya astronomy – adalah satu cabang ilmu sains tabie yang mengkaji tentang perjalanan badan-badan cakerawala seperti bumi, bulan, matahari dan bintang-bintang. Perkataan cakerawala itu sendiri bermakna ‘sesuatu badan yang berputar’. Manakala perkataan astronomi pula berasal dari bahasa Yunani. ‘Astro’ bererti sesuatu yang berkaitan dengan bintang dan ‘nomy’ pula ialah ilmu. Oleh itu Ilmu Falak juga dikenali sebagai Ilmu Kaji Bintang.

Dalam Al Quran, perkataan Falak digunakan bertujuan untuk menunjukkan sesuatu benda langit yang beredar. Ini berdasarkan firman Allah S.w.t dalam Al Quran yang maksudnya;
“Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan, dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarannya.” (Surah Yaasin : Ayat 40)

Dan firman Allah dalam Surah Al Anbiyaa;’
“Dan Dialah (Allah) yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan, masing-masing dari keduanya itu beredar di garisan peredarannya.” (Surah Al Anbiyaa’ : Ayat 33)
Pengetahuan tentang definisi Ilmu Falak adalah penting kerana terdapat satu lagi aspek kajian yang digunakan untuk meramal masa depan dan untung nasib seseorang. Bidang ilmu yang menyeleweng dari syariat Islam ini dikenali sebagai ‘Astrologi’ atau Ilmu Nujum.


Beberapa orang cendikiawan Islam ada mendefinisikan Ilmu Falak bersesuaian dengan bidang kajian mereka. Di antaranya;
- Menurut Al Biruni dalam kitabnya Kanun Al-Mas’udi, falak ialah ‘sesuatu yang saling bertukaran’ atau beliau menggunakannya untuk kajian terhadap ‘globe’ (kura) yang bergerak (mutaharrik).
- Ikhwan As Shafa dalam bukunya ‘Rasaa’ilu Ikhwan As Shafa’ memberikan definisi ilmu Falak sebagai ilmu yang mengkaji tentang tata suria, menghitung jumlah bintang, mengukur pembahagian gugusan bintang, jarak, saiz dan pergerakan badan-badan cakerawala serta mengetahui segala sesuatu yang berhubungan dengannya.
- Ibnu Khaldun dalam kitab ‘Muqaddimah’ mendefinisikan Ilmu Falak sebagai ilmu yang mempelajari tentang pergerakan bintang tetap, sama ada yang bergerak atau yang berpusing. Gerakan-gerakan tersebut boleh diketahui melalui cerapan atau hitungan. Ilmu perhitungan pula hendaklah berdasarkan kepada pengetahuan tentang ciri-ciri pergerakan dan kedudukannya.

Seperti bidang-bidang ilmu sains lain, sekiranya ia digunakan untuk menyekutukan Allah S.w.t atau sesuatu yang boleh membawa ke arah itu, maka ilmu berkenaan menjadi haram. Menurut Al Khitabi, ilmu falak yang dilarang adalah ilmu yang dilakukan oleh ahli-ahli perbintangan untuk meramalkan kejadian dan peristiwa-peristiwa yang belum terjadi di alam rendah.

Dalam kajian Astronomi moden, bidang ini sudah bercambah kepada banyak bahagian, antaranya ialah ilmu pelayaran, pemetaan, pengukuran, astro fizik, aero nautikal, kaji cuaca dan falak Syar’ie. Astro fizik termasuklah kajian-kajian angkasa bagi mendapatkan sumber tenaga, kajian maklumat fizikal dan kimia serta kajian tentang asteroid, kluster, komet, galaksi, nebula, pulsar, lubang hitam dan pengembaraan angkasa lepas.

Ilmu Falak Syar’ie pula ialah suatu penggunaan kaedah-kaedah falak serta segala maklumat yang boleh diperolehi dari ilmu ini untuk tujuan beribadat kepada Allah S.w.t atau mengaitkannya dengan keesaan Allah S.w.t.

Wallahu a’lam. :)

Monday, June 18, 2012

SENARAI NAMA PELAJAR ASTRONOMI ISLAM TAHUN PERTAMA (2011/2012)

NO
NAMA
NO MATRIK
1
IZZAT RIZAIMI BIN ISMAIL
IER110001
2
MOHD AIDI BIN SALEHUDDIN
IER110002
3
MOHD FAZLI BIN BIN MAT ARIFFIN
IER110003
4
MUHAMMAD NOOR BIN MUSA
IER110004
5
MUHAMMAD NUR QOMARUDDIN BIN ISMAIL
IER110005
6
MUHAMMAD SHAFIE BIN ADENAN
IER110006
7
NORHARLINA BINTI A.RAZAK
IER110007
8
NORSYAIMA BINTI ROZMAN
IER110008
9
NUR FADHILAH BINTI AHMAD SHALKAWI
IER110009
10
NUR SABIHA BINTI SHAMSUL BAHRIN
IER110010
12
NURUL AKMALILHUDA BINTI MOHD ALAMI
IER110012
13
RADHIAH BINTI MOHD SHUKRI
IER110013
14
SITI RAHIMAH BINTI MOHAMMAD IKHSAN
IER110014
15
SITI RAIHAN BINTI ZAKI
IER110015
16
SITI SYAHIDAH BINTI MOHD SAMSUDIN
IER110016
17
WAN SALWA BINTI WAN FARI
IER110017
18
AISYAH BINTI MUSLAN
IER110018
19
NUR AQIDAH BINTI BAHAROM
IER110019
20
NURUL ASMA BINTI ABU BAKAR
IER110020
21
MUHAMMAD ZAKUWAN BIN ABD AZIZ
IER110021

Sunday, June 17, 2012

BINTANG JUGA BEREVOLUSI LHO.. (versi En. Joko Satria Ardianto)


Bintang Nebula

          Sobat-sobat, bintang selalu muncul pada malam hari menemani bulan. Bintang adalah benda ruang angkasa yang memiliki cahaya sendiri yang terdiri atas gas pijar. Salah satu bintang yang dekat dengan Bumi adalah Matahari dan Cats Eye Nebula adalah salah satu bintang raksasa merah.
Jika cuaca malam hari cerah, tampak di atas langit berjuta-juta bintang. Ada yang terang, ada juga yang redup. Bagaimana mengukur jarak bintang dan Bumi? Untuk mengukur jarak bintang dari Bumi, para ilmuwan menggunakan metode paralaks. Paralaks adalah pergeseran sudut pandang pengamat ke benda yang diamati akibat bergesernya kedudukan pengamat itu sendiri. Dalam hal pengukuran jarak bintang, kita memanfaatkan gerak revolusi bumi mengitari Matahari untuk mendapatkan sudut paralaks ini. Sebenarnya pekerjaan yang paling mudah dalam penyelidikan bintang adalah pengukuran suhu dan tingkat kecerahan bintang karena kedua hal ini dapat diperoleh secara langsung.Se- dangkan pekerjaan yang paling sulit adalah mengetahui massa bintang. Dengan mengetahui massanya, kita dapat menentukan karakter bintang dan dapat menghitung umurnya.

        Spektrum sinar yang dipancarkan bintang merupakan informasi yang sangat berharga untuk penyelidikan lebih lanjut tentang bintang tersebut. Spektrum adalah rentetan warna kontinu yang diperoleh bila cahaya diuraikan ke dalam komponen-komponennya. Hasil penelitian menunjukkan, berdasarkan analisis Spektrum yang dipancarkan bintang-bintang yang ada di jagat raya bisa dike- lompokkan ke dalam tujuh kelas spektra. Bintang-bintang yang tergolong dalam satu kelas memiliki Spektrum sinar yang mirip. Ketujuh kelas Spektrum terSebut adalah O, B, A, F, &, K, dan M.
Sobat-sobat, tahukah kamu... kalau bintang juga berevolusi? Layaknya makhluk hidup, bintang juga mengalami evolusi lho.... Seperti juga manusia, bintang mengalami proses kelahiran, masa remaja, masa dewasa, masa tua, dan akhirnya akan mati. Proses inilah yang disebut dengan evolusi bintang. Namun, berbeda dengan manusia yang usia hidupnya hanya beberapa puluh tahun, bintang memiliki usia hidup yang mencapai miliaran tahun. Bintang-bintang lahir dan berkembang tidak secara bersamaan. Jika kita mengamati langit, kita akan mendapatkan berbagai bentuk tingkatan perkembangan bintang. Pada kenyataannya, hasil pengamatan menunjukkan adanya berbagai bentuk dan fenomena yang berkaitan dengan evolusi bintang seperti Nebula, bintang katai kuning, bintang biru, bintang raksasa merah, bintang katai/kurcaci putih, bintang maharaksasa merah, supernova, bintang katai hitam, bintang netron, dan lubang hitam.


            Para ahli astronom meyakini bahwa bintang terbentuk dari nebula, awan gas, dan debu raksasa yang sering didapati mengisi ruang antarbintang dalam suatu galaksi. Suatu ketika, gaya gravitasi antarpartikel dalam nebula akan membuat nebula ini menyusut dan memadat. Ketika sudah sangatberdekatan,molekul-molekul gas ini akan saling bertumbuhan satu sama lain dengan kelajuan yang sangat tinggi. Pada batas tertentu, suhu yang tinggi ini akan memungkinkan terjadinya reaksi penggabungan (fusi) atom-atom hidrogen menjadi helium. Energi yang dihasilkan reaksi fusi begitu besarnya sehingga mampu menghentikan laju akibat tarikan gravitasi. Dalam kondisi yang setimbang inilah terbentuk apa yang kita sebut bintang muda.
Kebanyakan bintang tidak dalam keadaan sendirian seperti Matahari, namun berpasangan atau berada dalam kelompok kecil. Pasangan atau kelompok bintang ini kadang terlihat dari Bumi seperti sebuah bintang saja. Bintang Antares yang menduduki urutan ke-16 di antara bintang-bintang yang paling cemerlang di langit, sebenarnya terdiri atas dua buah bintang. Alpha Centauri terdiri atas tiga bintang dan Castor terdiri atas enam bintang.
Di antara bintang-bintang yang paling cemerlang yang bertebaran di langit, ada sepuluh bintang yang bersinar paling terang, yaitu Sirius, Conapus, Alpha Centauri, Arcturus, Vega, Capella, Rigel, Procuoan, Archernar, dan Betelgeus.



Bintang-bintang :)


Monday, May 28, 2012

SEJARAH AWAL FALAK / ASTRONOMI


Ilmu falak dikenal juga sebagai Ilmu Bintang atau Ilmu Astronomi. Perkataan Falak bererti jalan/lintasan/ peredaran iaitu peredaran bintang-bintang.
Dalam surah Yaasin ayat 40 disebut bahawa: “(Dengan ketentuan yang diberikan oleh Allah) Matahari tidak mudah baginya mengejar bulan dan malam pula tidak dapat mendahului siang kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing”.
Pada zaman dahulu ilmu falak dikenal juga dengan Ilmu Nujum yang digunakan untuk meramal berlakunya peristiwa atau nasib. Di kalangan Sarjana Islam, Ilmu Bintang terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
   1) Ilmu Falak/Astronomi yang membahas kedudukan bintang-bintang, pergerakannya dan ketentuan-ketentuan gerhana matahari dan bulan.
   2) Ilmu Astrologi yang membahas perhubungan pergerakan bintang-bintang dengan kelahiran, kematian, kebahagiaan dan kecelakaan, hujan, kesehatan dan lain-lain.
Secara umum ilmu falak boleh diartikan sebagai ilmu yang membicarakan tentang matahari dan bintang-bintang yang beredar, besar kecilnya, jauh dekatnya dari matahari atau juga tentang cakrawala langit, gaya yg bekerja padanya, kedudukan pergerakannya dan lain-lain fenomena yang berkaitan.
Orang-orang Arab pada zaman dahulu pun mengetahui kedua bidang ilmu ini bahkan sejak zaman Jahiliah. Mereka memperolehi ilmu ini dari Yunani/Greek, Parsi, India dan Kaldan. Kemudian ilmu ini diwariskan kepada orang-orang Islam setelahnya.
Umat Islam pertama kali terlibat secara aktif dibidang Ilmu Sains termasuk ilmu falak pada zaman Kerajaan Umaiyah dan Abbasiah. Di zaman Umaiyah tokoh ilmu falak yang terkenal ialah Khalid bin Yazid Al-Amawi (meninggal 85H). Beliau dikenal dengan nama Hakim Ali Marwan. Beliau dianggap orang pertama yang menterjemahkan buku-buku termasuk buku-buku mengenai ilmu Bintang pada pertengahan kurun ke-4 Hijrah didapati dalam Perpustakaan Kaherah sebuah globe dari tembaga karya Batlamus yang ditulis kata-kata bahwa globe itu disediakan untuk Khalid bin Yazid.
Menurut pakar sejarah Al-Mas’udi bahwa Khalifah al-Malik bin Marwan sangat gemar kepada ilmu bintang sehingga ketika berperang beliau membawa ahli ilmu bintang. Di zaman Abbasiah, Khalifah Abu Jaffar Al-Mansor adalah khalifah yang pertama memberi perhatian kepada kajian Ilmu Falak. Baginda mengeluarkan banyak belanja untuk memulai penyelidikan dalam bidang ilmu falak. Baginda mengumpulkan nama sarjana falak yang terkenal di istana Baginda. Dalam pembinaan Kota Baghdad baginda melantik seorang ahli falak bernama Naubakh sebagai Ketua Perancang Projek itu.
Seterusnya perkembangan kajian ilmu falak berkembang pada zaman khalifah Al-Mansor. Usaha menterjemahkan buku Sdihanta dari bahasa Sanskrit ke Bahasa Arab dilakukan oleh Mohammad Al-Fazari yang kemudian ia diberi judul “Al-Sindhindin Al-Kabir”. Buku ini menjadi panduan utama kepada orang-orang arab dalam mengkaji ilmu falak hingga ke zaman Al-Makmun.
Mohammad Al-Fazari merupakan orang Islam yang pertama mencipta astrolabe (jam matahari untuk mengukur tinggi dan jarak bintang). Buku ini telah disalin ke bahasa Latin pada abad pertengahan oleh Johannes de Luna Hispakusis. Buku terjemahan ini telah digunakan oleh universiti-universiti Eropa untuk mengejar Ilmu Bintang. Dari sinilah orang-orang Barat pertama kali mengetahui benda-benda di cakerawala.

      Tokoh-tokoh Ilmu Falak Islam di zaman Abbasiah ialah Abu Sahl bin Naubakh, Ali bin Isa dan Masyaallah yang dikenal sebagai Phoenix pada zamannya. Dalam projek pembinaan Kota Baghdad telah didirikan sebuah ‘observatorium’ (balai ilmu). Di zaman Al-Makmun telah muncul ramai sarjana-sarjana Falak antaranya Thabit bin Qurrah, Al-Battani dan Muhammad bin Musa al-Khawarizmi.
Di zaman Al-Makmun juga telah didirikan sebuah ‘observatorium’ yang digunakan untuk mengukur daya cahaya matahari. Di zamannya juga Ahli Falak berjaya mengukur longkaran bumi sebuah ‘observatorium’ yang didirikan di Bukit Gaisun di Damsyek. Di zamannya juga telah diterjemahkan Alomagest karangan mengenai Ptolemeus ke bahasa Arab. Ahli Falak Islam juga telah mengamati equinox, gerhana bintang berekor (comet) dan lain-lain gejala di langit.
Di samping itu Al-Battani (wafat kira-kira 930M/317H) telah melakukan penyelidikan tentang perbintangan sejak tahun 877 hingga 918M dan bukunya yang telah disalin ke bahasa Latin disusun semula dalam bahasa Arab oleh Nallino (tahun 1903M). Al-Battani telah membahagii sehari kepada 12 jam yang digunakan sekarang oleh tukang-tukang jam di Eropah. Beliau juga telah berjaya mengira setahun bersamaan dengan 356 hari, 5 jam 46 saat dan 24 secant iaitu kurang dalam pengiraan sekarang sebanyak 2 saat 23 secant.


   Al-Battani menduduki tempat tertinggi di kalangan Ahli Bintang dan dikatakan peranannya di kalangan umat Islam sama dengan peranan Ptolemeus di kalangan orang-orang Yahudi. Di zaman-zaman seterusnya lahir tokoh-tokoh Islam yang meneruskan kajian-kajian yang dilakukan oleh al-Battani dan tokoh-tokoh lain dan telah menghasilkan berbagai-bagai kejayaan kepada Ilmu Falak.
Tokoh-tokoh Ilmu Falak yang terkenal pada kurun ke-7 Hijrah ialah Nasiruddin al-Tusi yang hidup di zaman Hulagu Khan seorang Raja Monggol. Al-Biruni (362H-442H) pula merupakan seorang ahli Falak yang terkenal di zaman Sultan Mahmud al-Ghaznawi. Beliau telah meninggalkan berbagai-bagai hasil karya yang antara al-Athar al-Baqiah yang diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh Dr. Sachan. Di zaman Kerajaan Turki Saljuk telah muncul seorang sarjana Falak terkenal iaitu Umar al-Khayyam. Kawannya ialah Abdul Rahman al-Hazimi. Sebenarnya kemasyhuran sarjana-sarjana Falak Islam merebak setiap sudut alam. Mereka menjadi tempat rujuk ilmu Falak.Wilayah Islam yang menjadi tumpuan rujukan Eropa ialah wilayah Andalus (Sepanyol) kerana berdekatan dengan mereka.
Fakta di atas adalah semata-mata untuk menunjukkan betapa umat Islam di zaman kegemilangan, telah menumpukan tenaga yang banyak untuk menguasai ilmu-ilmu sains yang hasilnya telah dirasakan oleh seluruh umat manusia. Kejayaan mereka itu adalah menunjukkan betapa Islam telah menjadi suatu sumber utama bukan saja dari segi panduan hidup tetapi juga dari segi Ilmu Pengetahuan. Inilah semangat yang hendak dibangkitkan di kalangan kita umat Islam.

Sunday, March 18, 2012

ASTRONOMY STUDENT LIFE


Bismillahirrahmanirrahim
Salam 'alaik..

Alhamdulillah..syukur kehadrat Ilahi,dgn sgala nikmatNYA sy msih brnafas lg. msih brkesempatan mnulis kt sini. wah ayt :) . mari nk kngsi crita sikit..
about islamic astronomy ?? Sounds like intrsting kn.. xtau nie dh jd kisah sy or kisah astronomy. sme jela kn. im hepy wif my new life here.. even not in a good shape..coz of tons of classess+projectss+etc2..so this is what campus life is all about. em what a hectic life for a freshie like me..uols 2 rite..? btw, im enjoying myself. but somehow i'm still learning and trying so hard to adapt myself here.
(even actly dh sem 2 pn :)


actly.. dlm sronok2 byk mslh , bkn em ksulitan dan kesusahan dan sgala ke-an yg kena ngadap tiap2 hari.. dgn blaja blik subjek2 sains dulu. Alhmdulillah, setakat ni boleh cope n overcome the problems.. take it easy. face all the challenges syahida :) . Robbi Yassir wa la Tu'assir, Ya Karim. moga Allah permudahkan segala urusan hambanya.

xterduga rupanya di sini sy akn terdampar, tercampak, em apa yg ssuai ntahlah. mksudnya blaja la.. em ilmu falak? nice.. mmg best. sains+islam.. blaja ttg dunia ciptaan Allah. mngorek rahsia alam. subhanallah.

:: nk perkenalkan coursematesss sy :)


 : aisyah,are,aidi,md noor,izzat,fazli,ain,sabiha (berdiri)
 : raihan,salwa,rahimah,iela,harlina,aqidah,radhiah,asma,syahida(duduk)
yg xde: qoma,syafie,syaima (ada sbb musabab yg kukuh mreka xde disini)

                                     sume comel2 ;)



:: aktiviti yg pling menarik bg bdk falak -à mencerap Hilal setiap bulan ( even xpegi tiap2 bln pn )

     Tempat : Balaicerap teluk Kemang, Port Dickson


actly, smetimes kmi pegi dh rasa cm gi picnic gitu.. xtau nk wt gapo, means tgk2 jela. huhu. mklumla bru 1st year :)
~ pasni kena lebih bkrja keras (apa motif?)






OKAI..ops terbesar.. last but not least, nk syukur bebanyakbanyak pdNYA.. :') atas sgala kurniaan ini. byk sgt nikmat,rahmat yg xtrhingga yg diberikan pd kita , so jgn lupakn pnjatkn segala ksyukuran kita kehadrat Ilahi.

sedikit halwa utk kalian,

Firman Allah SWT :

                                   وَٱلسَّمَآءَ بَنَيۡنَـٰهَا بِأَيۡيْدٍ۬ وَإِنَّا لَمُوسِعُونَ

  Dan langit itu Kami dirikan dengan tangan Kami (kekuasaan Kami dalam bentuk binaan yang kukuh rapi) dan sesungguhnya Kami adalah sentiasa meluaskannya. (Az-Zaariyaat [51] : 47)

Maksud ayat ini ialah Allah cipta langit bukan semakin mengecut tetapi semakin mengembang (ibarat belon dan kita dan segala ciptaanNya berada di dalam belon yang ketika ini mengembang dan mengembang - extending universe). Pengembangan ini ada hadnya dan pada satu saat nanti langit (seolah-olah belon ini) akan mengecut  ..


sekian. wassalam

# perjalananmencaricintaygMahaEsa <3