Bismillah..
Alhamdulillah.. baru menghabiskan
separuh sem bagi semester 4. Separuh sangat. Today
is our last day, before mid-sem break. Baru mid-sem break, bukan habis satu sem dah.
Beriya sangat kan. Uihhh, break2 jangan dibuat mudah, perkataan keramat bagi kebanyakan pelajar. Asal break ja, muka
sorang2 terus berseri-seri, senyum lebar jer sampai telinga. Yela, seronok nak balik kampung
katanya. Yala sangat -.-‘’ . betul la. Ada yang semangat dah beli, book tiket
awal-awal. Macam duduk obersea sangat. padahal, siaplah semua dengan assignment, get ready untuk test after cuti dan sebagainya. cuti bukanlah untuk bersuka-ria, sekadar masa yang sekejap cuma untuk pulang menziarahi keluarga tercinta. nahh..
Jadi, sebelum semuanya pulang ke pangkuan keluarga, kami pun bercadang nak buat gathering gitu. Actually, plan awal nak
celebrate budak-budak yang besday bulan 3. Hal ini disebabkan, batch kami ramai
yang lahir bulan 3. Tapi sekarang dah bulan 4 pun. Dari awal dah plan nak
keluar makan-makan camtu la, disebabkan masa yang tidak mengizinkan sehinggalah
jatuh pada hari ini ‘masa’ itu. Tapiiii (banyak betul tapi2 kau kan) rasa macam
tak best pulak tak ajak yang lain. So, ajak juga la yang lain-lain, termasuk
budak lelaki (bukan ajak-ajak ayam ok, ini serius). Memandangkan ramai boleh
dan nak yang join, bertukar konsep lah jadinya. Tapi lagi, takdela semua batch
kami join. So, jadilah "FALAKIANS GATHERING". Macam best kan2? Haa..mampu.
bajet sangat ;DD
Jarang nak boleh gather2 ni uols tau. Ehh? Padahal,
setiap bulan ada ja program falak dekat Teluk Kemang, Port Dickson. Hewhew..seronok
dapat meluangkan masa bersama. Dalam kesibukan, kebusian, kehectican…etc...
selama ni, akhirnya ada juga masa yang nak diluangkan bersama. Nak buat apa
benda-benda camni? Penting tau awak-awak. Inilah yang dinamakan ukhuwwah tau. Mungkin
juga ada yang melihat budak falak ni dengan budak falak ja. Takla, kami
berkawan dengan semua tau. Takda gap-gap ok. Tak suka tak suka begitu. Cuma,
mungkin bonding antara kami nie kuat, nampak macam rapat each other sehingga
ada yang mengeluarkan persepsi sebegitu. Hakikatnya tak benar sama sekali. Bersatu
kita teguh, bercerai kita roboh..lalala.
Gathering ni bermula lepas maghrib. Nak
buat siang, kelas sangat pack. Malam yang indah itu, ditemani bulan bintang lampu-lampu neon tepi jalan yang menyinari seluruh alam, bertempatkan tempat yang vogue sangat (KFC dekat 9th
college ja pun) gathering santai ini pun berlangsung. Macam annual dinner la
pula kan. Takde la, yang ni memang betul santai saja. Lepas semua dah order
makanan masing-masing, Izzat Rizaimi, selaku pembaca doa mula mengetuai bacaan
doa. Kami memang tak tetapkan semua kena makan benda yang sama sebab citarasa
semua berbeza amat -.-“ . Usai bacaan doa, semua mula menyepikan diri seketika
untuk memberi laluan pada sesi jamuan makan. Err.
Kau, aku dan semuanya, beramah
mesra, bersama senyum tawa, berkongsi pelbagai cerita dan isu semasa, bergelak
ngilai-mengilai (ini tipu) sehinggalah minit-minit terakhir bersama. Sedih pula
nak berpisah. Nampak tak betapa kuatnya bonding yang sudah dikatakan seperti pada perenggan di atas. Hmm. Sebelum berpisah, kami mengambil keputusan untuk mengadakan sesi
bergambar. Padahal, time makan sebelum tu ada jugak bergambarnya. Kau macam
majlis formal la pulak kan. Alah, nak susun ayat sikit pun tak boleh kan. Dengan
muka manis semanisnya, salah seorang dari minta la tolong brader dekat ambil
gambar kami semua. Tenqiu2..
 |
Time bacaan doa :) |
 |
nahh amek kau..3 ketul sekali -.-" |
 |
inilah Falakians yang dapt hadir. Alhamdulillah |
Last but not least, kami mengucapkan
salam perpisahan..bersalam-salaman gitu (laki-laki, perempuan-perempuan la) , lebih
kurang 10 lebih camtu la, semua membawa haluan untuk pulang ke kolej/rumah sewa masing-masing.
Ma’as Salamah, wa ilal liqo’. Jagadiri, jaga iman tau. May u be
blessed
Terima kasih sudi baca :)
No comments:
Post a Comment