Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, dengan anugerah dan kurniaanNYA
kita masih dapat bernafas di saat ini, dan terus dapat menikmati segala nikmat
pemberian yang Maha Esa.
Ok, malam yang indah ini (Subhanallah J ) saya nak berkongsi mengenai satu
fenomena astronomi ni. Bagi anda yang suka malah bahagia untuk mengamati
berbagai fenomena semesta, malam ini adalah adalah waktunya ! Fenomena SUPERMOON
kembali hadir. Sebenarnya fenomena juga seperti purnama biasa, nampak biasa2 saja. Namun
hari ini, bertarikh 23 Jun 2013 (ayat xmenahan kan) bulan mencapai jarak
terdekatnya dengan bumi.
Apakah supermoon, perigee, apogee?
Okay.. Tau x apakah Supermoon tu.? bukan superman, superhero mahupun super junior yang diminati ramai tu. hakhak. tolong serius ye. Supermoon adalah istilah yang digunakan
untuk menggambarkan bulan penuh dan kedudukan Bulan, sama ada Perigee atau Apogee.
Perigee pula adalah, ketika bulan berada pada kedudukan paling hampir dengan
orbit. Di dalam setiap satu kitaran atau pusingan bulan mengelilingi Bumi,
disebabkan orbit bulan bukan berbentuk bulat, tetapi elips, maka akan ada
ketikanya ia berada hampir dengan bumi (perigee). Manakala apogee pula ketika
bulan berada jauh dari bumi. Jaraknya dengan bumi di sepanjang laluan orbitnya
tidak sama. Ingat ya, orbit Bumi BUKAN berbentuk bulat, ianya berbentuk elips. Kalau ada
juga mengatakan bulat, memang boleh geng dengan Ptolemy la. Boleh hukum buang
dari Bumi ini. haha
 |
Perigee (dekat) nampak besar, Apogee (jauh) nampak kecil la. |
Memandangkan saya belajar astronomi gitu, dari
1st year lagi selalu dengar lecturer cakap perigee apogee. Memang selalu
ulang2, sampai la dah tahun akhir. Kot? ^^ .. malah untuk memudahkan kami
mengingatinya, yela mana satu dekat mana satu jauh, so kami buat cara tersendiri.
Nak senang ingat ja ( perigi dekat, so apogee jauh) . Nampak, kreatif x.
Kalian boleh amalkan (motip?) . haha.
Sila tengok langit sekarang, kalau yang baca post ini sekarang awal. kalau dah lewat xpayahla. -.-" . Bulan memang kelihatan agak besar dari kebiasaan, dan warnanya lebih oren malam ni. sebelum ni warna apa? selalu kita nampak cahaya just macam kuning cerah gitu.
Okay, cukup sampai setakat ini dulu. Nak sambung
study balik. Nak study ke nak balik? Apa2 jela.
#exam tak habis lagi, masih berbaki 2 paper. memandangkan esuk solar system, thats why rajin semacam nak post mengenai fenomena ni. sempat lagi kan.
sekian.
doakan saya dan rakan2, Assalamualaikum earthlings!