Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah just finished our final exam
for sem2, year 2. Yuhuu.
Orang lain ada yang dah beberapa hari pun
habis, ada yang dah selamat sampai rumah. Apa2 la, janji bukan kami yang tutup
exam hall tu (pon boleee), sebabnya ada lagi student2 lain yang ada exam esuk
lusa.. Yang penting kami tak pun menjerit, melaung, memekik mahupun menangis gembira lepas
habis last paper tu. Nampak tak, punya jaga perasaan pelajar2 lain yang belum habis lagi. Tapi dalam hati punya la excited gitu. merdeka la sekejap. bebas dari tekanan jiwa mahupun mental dan fizikal. Then, adala sesi bergambar bersama Falakians untuk kenangan terakhir
bagi sem ni gitu.sobs3. mende2 ni memang setiap sem mesti tak lepas, perlu ambil2
gambar after last paper. dah kenapa --'' . Nak tau, camera man pon yang sama jgk. hehe
 |
sebahagian Falakians |
Okay, berbalik pada last paper. Last paper.
Last paper..brapa kali langsung nak ulang. Last paper tu -.- adalah subjek
FALSAFAH SAINS ISLAM. Filsafat gitu.. subjek yang menggunakan bahasa yang
begitu tinggi. Kena berdasarkan logik akal jgk tau. Tapi perlu berteraskan
al-Quran dan as-Sunnah. Kadang tak tercapai juga akal ni. Mencuba sedaya upaya
untuk memahami subjek tu. Boleh putus urat dalam kepala ni satu persatu. Huhu. Memang
respect dekat Imam Al-Ghazali yang merupakan perintis Falsafah Islam. Hasil
karya beliau yang menjadi rujukan utama bagi falsafah ialah Tahafut
al-Falasifah. Memang kami guna kitab ini sebagai rujukan. Act banyak ja kitab2
lain, yang satu ni pun tak mampu. Fening tau tak.. ada lagi ahli2 falsafah lain
seperti Ibnu Sina, al-Farabi, Plato dan sebagainya. Tetapi Imam Al-Ghazali
telah menolak sebahagian daripada mereka. Hujahnya adalah mereka telah
menafikan kewujudan Tuhan dsb.
Kata Imam Al-Ghazali : “...maka
sewajarnyalah mereka (Socrates, Plato, Aristotle dan para pengikut ajaran
mereka) itu dianggap kafir, dan juga mengkafirkan pengikut-pengikut mereka
dalam kalangan ahli falsafah Islam seperti Ibnu Sina, Al-Farabi dan orang-orang
seperti mereka.”
Jadi, falsafah act satu usaha untuk mencari
kebenaran, (seeking the thruth), dan kebenaran itu sebenarnya hanya Allah. Kalau
kita cuba mencari erti hakikat hidup, maka ini adalah falsafah. Hakikat hidup yang sebenar hanya Allah sahaja
yang mengetahuinya. Yang kita tahu berdasarkan apa yang diberitahu oleh Allah,
maka itulah yang benar dan mutlak. Yang
kita fikirkan sendiri menjadi falsafah kita dan tidak bersandarkan kepada kitab
Allah, maka itu tidaklah sebenar, ia tidak mutlak dan ianya bersifat relatif.
That’s why bermacam2 falsafah timbul hasil pemikiran manusia. Contoh,
Liberalisme, Hedonisme, Kapitalisme dsb. Jika falsafah itu daripada Allah or wahyu,
maka ia akan sama sahaja prinsipnya dan juga matlamatnya. Falsafah sains Islam
yang kami belajar berkaitan dengan alam, jiwa, kehidupan manusia dan
sebagainya. Penting !
Ilmu ni sangat penting u know. Takda ilmu
Islam yang tak penting. Uols patut belajar juga dan turut merasai putusnya
urat2 di kepala disebabkan sukarnya nak memahami ilmu ni. Ohh plislaa. tak payah nak auta sangat. Saya percaya
kalian orang bijak pandai, tak perlula sampai nak putus2 urat sangat. Okay,
lastly kalau nak tahu lebih lanjut tentang ilmu Falsafah ni, boleh mulai menggoogle
or cari kitab2 yang berkaitan.
Sekian.
Enough. Wallahu’alam
No comments:
Post a Comment