Sunday, March 18, 2012

ASTRONOMY STUDENT LIFE


Bismillahirrahmanirrahim
Salam 'alaik..

Alhamdulillah..syukur kehadrat Ilahi,dgn sgala nikmatNYA sy msih brnafas lg. msih brkesempatan mnulis kt sini. wah ayt :) . mari nk kngsi crita sikit..
about islamic astronomy ?? Sounds like intrsting kn.. xtau nie dh jd kisah sy or kisah astronomy. sme jela kn. im hepy wif my new life here.. even not in a good shape..coz of tons of classess+projectss+etc2..so this is what campus life is all about. em what a hectic life for a freshie like me..uols 2 rite..? btw, im enjoying myself. but somehow i'm still learning and trying so hard to adapt myself here.
(even actly dh sem 2 pn :)


actly.. dlm sronok2 byk mslh , bkn em ksulitan dan kesusahan dan sgala ke-an yg kena ngadap tiap2 hari.. dgn blaja blik subjek2 sains dulu. Alhmdulillah, setakat ni boleh cope n overcome the problems.. take it easy. face all the challenges syahida :) . Robbi Yassir wa la Tu'assir, Ya Karim. moga Allah permudahkan segala urusan hambanya.

xterduga rupanya di sini sy akn terdampar, tercampak, em apa yg ssuai ntahlah. mksudnya blaja la.. em ilmu falak? nice.. mmg best. sains+islam.. blaja ttg dunia ciptaan Allah. mngorek rahsia alam. subhanallah.

:: nk perkenalkan coursematesss sy :)


 : aisyah,are,aidi,md noor,izzat,fazli,ain,sabiha (berdiri)
 : raihan,salwa,rahimah,iela,harlina,aqidah,radhiah,asma,syahida(duduk)
yg xde: qoma,syafie,syaima (ada sbb musabab yg kukuh mreka xde disini)

                                     sume comel2 ;)



:: aktiviti yg pling menarik bg bdk falak -à mencerap Hilal setiap bulan ( even xpegi tiap2 bln pn )

     Tempat : Balaicerap teluk Kemang, Port Dickson


actly, smetimes kmi pegi dh rasa cm gi picnic gitu.. xtau nk wt gapo, means tgk2 jela. huhu. mklumla bru 1st year :)
~ pasni kena lebih bkrja keras (apa motif?)






OKAI..ops terbesar.. last but not least, nk syukur bebanyakbanyak pdNYA.. :') atas sgala kurniaan ini. byk sgt nikmat,rahmat yg xtrhingga yg diberikan pd kita , so jgn lupakn pnjatkn segala ksyukuran kita kehadrat Ilahi.

sedikit halwa utk kalian,

Firman Allah SWT :

                                   وَٱلسَّمَآءَ بَنَيۡنَـٰهَا بِأَيۡيْدٍ۬ وَإِنَّا لَمُوسِعُونَ

  Dan langit itu Kami dirikan dengan tangan Kami (kekuasaan Kami dalam bentuk binaan yang kukuh rapi) dan sesungguhnya Kami adalah sentiasa meluaskannya. (Az-Zaariyaat [51] : 47)

Maksud ayat ini ialah Allah cipta langit bukan semakin mengecut tetapi semakin mengembang (ibarat belon dan kita dan segala ciptaanNya berada di dalam belon yang ketika ini mengembang dan mengembang - extending universe). Pengembangan ini ada hadnya dan pada satu saat nanti langit (seolah-olah belon ini) akan mengecut  ..


sekian. wassalam

# perjalananmencaricintaygMahaEsa <3

Friday, March 16, 2012

KEJADIAN LANGIT & BUMI

Dalam surah Fussilat ayat 11, Allah berfirman langit dan bumi di peringkat awal dahulu kosong daripada sebarang objek di langit. Yang wujud hanyalah asap. Daripada asap-asap ini lahirlah bintang-bintang serta galaksi disusuli dengan kelahiran sistem suria dan Bumi. Berhubung dengan ini, dalam kitab Al-Asas fi al-Tafsir, As-Syeikh Said Hawa berkata, "Sesungguhnya memang sudah ada satu keyakinan sebelum terjadinya bintang-bintang, keadaan di angkasa raya adalah dalam bentuk gas seperti asap." Pandangan seperti ini dapat diterima sebagai sahih kerana ia begitu hampir dengan maksud perkataan dukhan di dalam Quran.

Perkataan yang digunakan dalam ayat ini yang melambangkan asap adalah dukhan. Dalam bahasa inggeris dukhan bermaksud smoke. Penggunaan kalimat asap ini atau smoke ini memang selari dengan penemuan semasa kerana asap lahir dari satu suasana yang panas dan suasana di peringkat awal kejadian alam sememangnya panas.


Semasa menceritakan mengenai asap ini, para saintis mengaitkannya dengan gas-gas (terutamanya hidrogen dan helium) yang wujud seperti awan tebal di peringkat awal dahulu. Para saintis menyifatkan asap daripada gas ini sebagai dark clouds, cloud of gas, fog of neutral hidrogen and hlium, hot mass of gas dan yang seumpamanya. Ia bermaksud gas-gas diperingkat awal kejadian langit dan bumi wujud dalam bentuk seperti 'awan-awan hitam, awan-awan daripada gas, awan-awan gas daripada hidrogen dan helium, gas bersuhu tinggi' dan yang seumpamanya.
Kejadian langit dan bumi daripada asap menyentuh berkenaan objek-objek daripada asap. Oleh sebab Bumi adalah satu objek maka langit yang dinyatakan Allah juga merupakan objek-objek seperti bintang, galaksi dan seumpamanya.Salah satu kajian yang dilakukan dalam bidang ilmu astrofizik adalah mengenal pasti kejadian alam selepas berlakunya peristiwa Big Bang. Kajian menunjukkan, pengembangan alam berlaku dalam keadaan suhu yang tinggi di peringkat itu. Selepas masa berlalu lebih kurang tiga minit proses penyejukan pula berlaku. Keadaan ini memungkinkan kelahiran proton dan neutron dan percantuman kedua-duanya melahirkan nukleus. Nukleus ini kemudiannya bercantum dengan elektron dan dengan itu lahirlah atom hidrogen dan helium.
Selepas 30,000 tahun berlalu (selepas Big Bang), gas-gas hidrogen dan dan helium bercantum kesan daripada tarikan graviti dan dengan itu lahirlah gumpalan-gumpalan asap raksasa. Daripada gumpalan-gumpalan asap ini, sele[as berlaku masa jutaan tahun, lahirlah bintang-bintang, galaksi dan planet dan bumi. Hal ini disebutkan di dalam The Vindication of the Big Bang: Breakthroughs and Barriers (Parker, Barry R., Plenum Press New York, 1993).Penemuan semasa mengesahkan fenomena kejadian alam daripada asap ini. Dalam artikel bertajuk Gas Clouds In Space Remnants of the Big Bang di San Francisco Examiner bertarikh 14 Januari 2000., Keay Davidson melaporkan para saintis menemui gas hidrogen bergerak seumpama awan di kawasan angkasa dengan kelajuan lebih kurang 300 batu sejam. Para saintis berpendapat gumpalan gas ini wujud memenuhi kosmos selepas berlakunya ledakan Big Bang dahulu.
National Radio Astronomy Observatory Socorro, New Mexico: New Release, pada 25 Julai 2003, di bawah tajuk Giant Gas Cloud Made of Atoms Formed in First Stars, melaporkan berkenaan satu penemuan yang menunjukkan di peringkat awal kejadian alam, molekul-molekul gas sudah memenuhi angkasa dan daripadanya lahirlah bintang-bintang.
Pada tanggal 25 November 1999, di bawah tajuk Puzzle of Galactic Evolutin Solved pula, Science Daily Online melaporkan satu penemuan oleh para saintis dariada Universiti Wisconsin Madison. Penemuan ini dianggap mampu menjawab persoalan yang selam ini menghantui pakar astronomi. Mereka yang mendapati awan-awan raksasa yang dipenuhi gas memainkan peranan penting dalam melahirkan bintang-bintang dan juga galaksi di langit sebelum ini. Di samping itu, sebahagian daripada awan ini menentukan komposisi kimia di galaksi-galaksi dengan menghujaninya dengan gas-gas tertentu dari masa ke semasa. Penemuan ini pada asalnya dilaporkan dalam jurnal Nature.
Tambahan daripada itu, dalam Universe Today Online bertarih 2 Februari 2005, di bawah tajuk Missing Matter Could be Clouds of Gas, dilaporkan pihak NASA di Chandra X-ray Observatory menemui dua gumpalan awan raksasa yang dipenuhi gas-gas bersuhu tinggi. Kajian pakar-pakar menunjukkan gas-gas seumpama awan ini mampu melahirkan galaksi-galaksi yang mengandungi berbilion bintang.
Kita dapat simpulkan bab ini dengan merujuk kepada laporan yang dibuat oleh Space Telescope Science Institute dihttp://origins.stsci.edu/. Di bawah tajuk Star Formation, The Earliest Stars, ia melaporkan, "Pakar-pakar dalam bidang kosmologi meyakini laam ini bermula lebih kurang 15 bilion tahun dahulu dengan ledakan Big Bang. Ia melahirkan gas-gas hidrogen dan helium dalam bentuk gumpalan awan raksasa. Kesan daripada tarikan graviti yang berlaku antara molekul-molekul gas ini, lahirlah bintang-bintang." Penemuan-penemuan ini dan seumpamanya mengesahkan kebenaran Quran yang terdapat dalam surah Fussilat ini.

Wednesday, March 14, 2012

Astronomi Islam Menguak Rahsia Langit

ciptaan Yang Maha Esa


REPUBLIKA.CO.ID, Sebagai salah satu ilmu pengetahuan tertua dalam peradaban manusia, astronomi kerap dijuluki sebagai 'ratu sains'. Astronomi memang menempati posisi yang terbilang istimewa dalam kehidupan manusia.


Sejak dulu, manusia begitu terkagum-kagum ketika memandang kerlip bintang dan pesona benda-benda langit yang begitu luar biasa. Awalnya, manusia menganggap fenomena langit sebagai sesuatu yang magis.


Seiring berputarnya waktu dan zaman, manusia pun memanfaatkan keteraturan benda-benda yang mereka amati di angkasa untuk memenuhi kebutuhan hidup seperti penanggalan. Dengan mengamati langit, manusia pun bisa menentukan waktu untuk pesta, upacara keagamaan, waktu untuk mulai menabur benih dan panen.


Jejak astronomi tertua ditemukan dalam peradaban bangsa Sumeria dan Babilonia yang tinggal di Mesopotamia (3500-3000 SM). Bangsa Sumeria hanya menerapkan bentuk-bentuk dasar astronomi. Pembagian lingkaran menjadi 360 derajat berasal dari bangsa Sumeria.


Orang Sumeria juga sudah mengetahui gambaran konstelasi bintang sejak 3500 SM. Mereka menggambar pola-pola rasi bintang pada segel, vas, dan papan permainan. Nama rasi Aquarius yang dikenal saat ini berasal dari bangsa Sumeria.


Astronomi juga sudah dikenal masyarakat India kuno. Sekitar tahun 500 SM, Aryabhata melahirkan sistem matematika yang menempatkan bumi berputar pada porosnya. Aryabhata membuat perkiraan mengenai lingkaran dan diameter bumi. Brahmagupta (598-668) juga menulis teks astronomi yang berjudul Brahmasphutasiddhanta pada 628. Dialah astronom pendahulu yang menggunakan aljabar untuk memecahkan masalah-masalah astronomi.


Masyarakat Cina kuno 4000 SM juga sudah mengenal astronomi. Awalnya, astronomi di Cina digunakan untuk mengatur waktu. Orang Cina menggunakan kalender lunisolar. Namun, karena perputaran matahari dan bulan berbeda, para ahli astronomi Cina sering menyiapkan kalender baru dan membuat observasi.


Bangsa Yunani kuno juga amat tertarik dengan astronomi. Adalah Thales yang mengawalinya pada abad ke-6 SM. Menurut dia, bumi itu berbentuk datar. Phytagoras sempat membantah pendapat itu dengan menyatakan bumi itu bulat. Dua abad berselang, Aristoteles melahirkan terobosan penting yang menegaskan menyatakan bahwa bumi itu bulat bundar.


Aristachus pada abad ke-3 SM sempat melontarkan pendapat bahwa bumi bukanlah pusat alam semesta. Teori itu tak mendapat tempat pada masa itu. Era astronomi klasik ditutup Hipparchus pada abad ke-1 SM yang melontarkan teori geosentris. Bumi itu diam dan dikelilingi oleh matahari, bulan, dan planet-planet yang lain. Sistem geosentris itu disempurnakan Ptolomeus pada abad ke-2 M .



Astronomi Islam


Setelah runtuhnya kebudayaan Yunani dan Romawi pada abad pertengahan, maka kiblat kemajuan ilmu astronomi berpindah ke bangsa Arab. Astronomi berkembang begitu pesat pada masa keemasan Islam (8-15 M). Karya-karya astronomi Islam kebanyakan ditulis dalam bahasa Arab dan dikembangkan para ilmuwan di Timur Tengah, Afrika Utara, Spanyol dan Asia Tengah.


Salah satu bukti dan pengaruh astronomi Islam yang cukup signifikan adalah penamaan sejumlah bintang yang menggunakan bahasa Arab, seperti Aldebaran dan Altair, Alnitak, Alnilam, Mintaka (tiga bintang terang di sabuk Orion), Algol, Altair, dan Betelgeus.