Friday, September 13, 2013

SUPER SENIOR

Bismillahirrahmanirrahim.


Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

One step closer… Akhirnya kami telah ke semester baru iaitu semester 5, tahun 3. Tahun 3 tau tak. Dah kenapa tahun 3. Tahun akhir bagi kursus Syariah Astronomi Islam la. Tapi kami bukan super-duper senior lagi, because what? ada lagi senior atas kami sekarang, iaitu senior akhir semester 7. Kami semuanya ada 7 semester, yang mana semuanya 3 tahun setengah la. Paham kan. Excited nak habis belajar ke? Tak sabar nak kerja? Or etc..? masing2 punya plan tertentu ok.


Semester ini subjek yang kami ambil semuanya agak berat. Dah macam nak angkat berat pulak –“. Kebanyakan subjek hard core la which is 3 credit hour. Dengan Final Year Project (fyp) lagi. Fyp kami kena ambil data dan buat kertas kerja. Maka bertebaranlah student-student falak di sana-sini untuk mengambil data2  projek. Muehehe. Stress u know. Nak ambil data projek perlukan kesabaran yang tinggi dan peruntukan kewangan juga. Ada yang ambil data dekat Selangor, Pahang, Kelantan, Terengganu. Macam saya sendiri, tak state dekat satu-satu tempat. Tapi antara tempat yang saya ambil data adalah di Balaicerap Teluk Kemang, Port Dickson dan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.


Terbayang tak macam mana ambil data tu? Ok, saya bagi satu contoh tajuk fyp saya. Pengimejan Hilal Tua dan Hilal Muda OR Imaging of Waxing Crescent and Waning Crescent. Data yang diambil around 5 days for Hilal Tua dan 5 days for Hilal Muda. Berjagalah tengah-tengah malam dan di awal pagi untuk menantikan sang Hilal. Antara cabaran untuk ambil data bagi tajuk ini adalah, hilal yang sukar kelihatan terutama apabila semakin menipis, cuaca yang tak menentu seperti awan tebal, hujan, berjerebu dan sebagainya. Jadi, ada jugalah data-data yang kosong. Hurmm. Nanti kami akan ceritakan mengenai kisah FYP kami ok. Stay tune!


Berbalik pada topic mengenai subjek tadi, subjek yang kami ambil sem ini seperti biasa terdiri daripada subjek Pengajian Islam dan Sains. Antaranya adalah seperti, Fiqh Usrah, Isu Kontemporari menurut Al-Quran dan Al-Hadith, Petunjuk Al-Quran dan As-Sunnah tentang Astronomi, Konsep Perhitungan Arah Kiblat dan Waktu Solat, Amali Cerapan dan Rukhyah Hilal dan sebagainya. Ada juga batch kitorang yang ambil tak sama subjek. Tapi almost sama la, terutama subjek sains. Susah juga la nak susun kelas tutorial dll if tak sama actually. Alhamdulillah, akhirnya semuanya dipermudahkan. 

Stress.?? huwaaa. tskk tskk



Eventhough subjek sem ini agak tough, ianya tidak menjadi alasan untuk kami terus menyerah pada awalnya. In shaa Allah, we’ll be doing the best for this sem. Especially me, coz i'm not a bright student so i must work really hard to keep up. Mohon doa kalian. Tajdid niat, moga Allah redha setiap perkara yang kami lakukan. Semoga dapat membahagiakan hati-hati yang sentiasa mengharapkan kejayaan kami. Ameen.


Okay, terus mood study :) . See on next post. May Allah bless us.


Thank you for reading!