Saturday, June 29, 2013

Last Paper ! Philosophy of Islamic Science

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah just finished our final exam for sem2, year 2. Yuhuu.
Orang lain ada yang dah beberapa hari pun habis, ada yang dah selamat sampai rumah. Apa2 la, janji bukan kami yang tutup exam hall tu (pon boleee), sebabnya ada lagi student2 lain yang ada exam esuk lusa.. Yang penting kami tak pun menjerit, melaung, memekik mahupun menangis gembira lepas habis last paper tu. Nampak tak, punya jaga perasaan pelajar2 lain yang belum habis lagi. Tapi dalam hati punya la excited gitu. merdeka la sekejap. bebas dari tekanan jiwa mahupun mental dan fizikal. Then, adala sesi bergambar bersama Falakians untuk kenangan terakhir bagi sem ni gitu.sobs3. mende2 ni memang setiap sem mesti tak lepas, perlu ambil2 gambar after last paper. dah kenapa --'' . Nak tau, camera man pon yang sama jgk. hehe

sebahagian Falakians 


Okay, berbalik pada last paper. Last paper. Last paper..brapa kali langsung nak ulang. Last paper tu -.- adalah subjek FALSAFAH SAINS ISLAM. Filsafat gitu.. subjek yang menggunakan bahasa yang begitu tinggi. Kena berdasarkan logik akal jgk tau. Tapi perlu berteraskan al-Quran dan as-Sunnah. Kadang tak tercapai juga akal ni. Mencuba sedaya upaya untuk memahami subjek tu. Boleh putus urat dalam kepala ni satu persatu. Huhu. Memang respect dekat Imam Al-Ghazali yang merupakan perintis Falsafah Islam. Hasil karya beliau yang menjadi rujukan utama bagi falsafah ialah Tahafut al-Falasifah. Memang kami guna kitab ini sebagai rujukan. Act banyak ja kitab2 lain, yang satu ni pun tak mampu. Fening tau tak.. ada lagi ahli2 falsafah lain seperti Ibnu Sina, al-Farabi, Plato dan sebagainya. Tetapi Imam Al-Ghazali telah menolak sebahagian daripada mereka. Hujahnya adalah mereka telah menafikan kewujudan Tuhan dsb.

Kata Imam Al-Ghazali : “...maka sewajarnyalah mereka (Socrates, Plato, Aristotle dan para pengikut ajaran mereka) itu dianggap kafir, dan juga mengkafirkan pengikut-pengikut mereka dalam kalangan ahli falsafah Islam seperti Ibnu Sina, Al-Farabi dan orang-orang seperti mereka.”


Jadi, falsafah act satu usaha untuk mencari kebenaran, (seeking the thruth), dan kebenaran itu sebenarnya hanya Allah. Kalau kita cuba mencari erti hakikat hidup, maka ini adalah falsafah.  Hakikat hidup yang sebenar hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Yang kita tahu berdasarkan apa yang diberitahu oleh Allah, maka itulah yang benar dan mutlak.  Yang kita fikirkan sendiri menjadi falsafah kita dan tidak bersandarkan kepada kitab Allah, maka itu tidaklah sebenar, ia tidak mutlak dan ianya bersifat relatif. That’s why bermacam2 falsafah timbul hasil pemikiran manusia. Contoh, Liberalisme, Hedonisme, Kapitalisme dsb. Jika falsafah itu daripada Allah or wahyu, maka ia akan sama sahaja prinsipnya dan juga matlamatnya. Falsafah sains Islam yang kami belajar berkaitan dengan alam, jiwa, kehidupan manusia dan sebagainya. Penting !


Ilmu ni sangat penting u know. Takda ilmu Islam yang tak penting. Uols patut belajar juga dan turut merasai putusnya urat2 di kepala disebabkan sukarnya nak memahami ilmu ni. Ohh plislaa. tak payah nak auta sangat. Saya percaya kalian orang bijak pandai, tak perlula sampai nak putus2 urat sangat.  Okay, lastly kalau nak tahu lebih lanjut tentang ilmu Falsafah ni, boleh mulai menggoogle or cari kitab2 yang berkaitan.

Sekian.


Enough. Wallahu’alam

Sunday, June 23, 2013

SUPERMOON.. PERIGEE APOGEE. APAKAH?

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, dengan anugerah dan kurniaanNYA kita masih dapat bernafas di saat ini, dan terus dapat menikmati segala nikmat pemberian yang Maha Esa.

Ok, malam yang indah ini (Subhanallah J ) saya nak berkongsi mengenai satu fenomena astronomi ni. Bagi anda yang suka malah bahagia untuk mengamati berbagai fenomena semesta, malam ini adalah adalah waktunya ! Fenomena SUPERMOON kembali hadir. Sebenarnya fenomena juga  seperti purnama biasa, nampak biasa2 saja. Namun hari ini, bertarikh 23 Jun 2013 (ayat xmenahan kan) bulan mencapai jarak terdekatnya dengan bumi.

Apakah supermoon, perigee, apogee?

Okay.. Tau x apakah Supermoon tu.? bukan superman, superhero mahupun super junior yang diminati ramai tu. hakhak. tolong serius ye. Supermoon adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan bulan penuh dan kedudukan Bulan, sama ada Perigee atau Apogee. Perigee pula adalah, ketika bulan berada pada kedudukan paling hampir dengan orbit. Di dalam setiap satu kitaran atau pusingan bulan mengelilingi Bumi, disebabkan orbit bulan bukan berbentuk bulat, tetapi elips, maka akan ada ketikanya ia berada hampir dengan bumi (perigee). Manakala apogee pula ketika bulan berada jauh dari bumi. Jaraknya dengan bumi di sepanjang laluan orbitnya tidak sama. Ingat ya, orbit Bumi BUKAN berbentuk bulat, ianya berbentuk elips. Kalau ada juga mengatakan bulat, memang boleh geng dengan Ptolemy la. Boleh hukum buang dari Bumi ini. haha

Perigee (dekat) nampak besar, Apogee (jauh) nampak kecil la.


Memandangkan saya belajar astronomi gitu, dari 1st year lagi selalu dengar lecturer cakap perigee apogee. Memang selalu ulang2, sampai la dah tahun akhir. Kot? ^^ .. malah untuk memudahkan kami mengingatinya, yela mana satu dekat mana satu jauh, so kami buat cara tersendiri. Nak senang ingat ja ( perigi dekat, so apogee jauh) . Nampak, kreatif x. Kalian boleh amalkan (motip?) . haha.

Sila tengok langit sekarang, kalau yang baca post ini sekarang awal. kalau dah lewat xpayahla. -.-" . Bulan memang kelihatan agak besar dari kebiasaan, dan warnanya lebih oren malam ni. sebelum ni warna apa?  selalu kita nampak cahaya just macam kuning cerah gitu. 


Okay, cukup sampai setakat ini dulu. Nak sambung study balik. Nak study ke nak balik? Apa2 jela. 

#exam tak habis lagi, masih berbaki 2 paper. memandangkan esuk solar system, thats why rajin semacam nak post mengenai fenomena ni. sempat lagi kan.

sekian.

doakan saya dan rakan2, Assalamualaikum earthlings!