Monday, October 21, 2013

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt

AMALI CERAPAN.. Apakah?
Itu merupakan salah satu subjek teras program bagi student falak di UM. Seperti yang semua tahu, amali itu adalah proses belajar secara praktikal, bukan teori ye. Actually, teori bagi penggunaan instrumen astronomi kami dah belajar semester lepas. Praktikal kali ini pula perlu melakukan ‘kerja-kerja’ di luar kelas (bajet pulak). kalau dulu, time 1st year memang tak tahu sangat pasal teleskop, nak pasang teleskop apatah lagi. noob sangat kannn. Biasalah budak lagi. freshie gitu. Jadi, tengok jela akak2 dan abang2 senior 'uruskan' teleskop tu.

Ok, sekarang memandangkan kami perlu mengambil subjek itu, jadi kami perlu belajar untuk mengendalikan teleskop, dan peralatan astronomi yang lain seperti teodolite, jam matahari, kompas dan sebagainya. Dengan rasa terharu dan rendah hati saya  ingin berkongsi dengan anda semua mengenai cara mengendalikan teleskop.

Untuk mengendalikan teleskop ni ada banyak ‘step’nya ok. Tak kisahlah, dari mempersiapkannya, menggunakannya, me…..kannya sehinggalah menyimpannya kembali. Tak boleh main redah je, cuba-cuba la, try-try ke ehh. tak ye tuan-tuan dan puan-puan. Ingat macam nak buat cekodok, bancuh tepung dengan pisang, then gorenglah besar mana pun yang anda nak. (Kau dah kenapa masuk bab pisang goreng). Lapar sangat ke? -.-“ . Untuk pengetahuan pembaca, dan mungkin ramai yang dah sedia maklum peralatan astronomi bukanlah seperti harga membeli cekelat seposen dua biji. Tak ok.. mencecah puluhan ribu (lagi mahal lagi canggih). Kalau dah silap sikit, then rosak..habislaa. siapa mau bayar ma. 

Berbalik kepada kaedah mengendalikan teleskop tadi. Untuk peralatan astronomi lain, saya akan terangkan kemudian tahun. Serius? Nampak tak, betapa lambat lagi untuk saya update blog ni. As a student ni, tau2 la banyak sangat komitmennya. serius saya sendiri tak suka ayat tu. mencipta pelbagai alasan kan. Actually saya sendiri yang malas update. Idea tu ada saja, tapi terbiar pulak. hurmm. 
Ok, teleskop teleskop teleskop. Perlu tahu dahulu komponen utama bagi sebuah teleskop. Antaranya ialah kaki tripod, mount, tiub teleskop, teleskop pencari (finder scope), dan kanta mata (eye piece). Anda juga mungkin memerlukan unit motor untuk membantu anda menjejak objek langit.

Ketika Persiapan:
§  Leveling:  Mengatur kaki teleskop sedemikian rupa sehingga penyangga teleskop sejajar dengan tanah.  Hal ini dilakukan agar teleskop tidak roboh saat digunakan;
§  Mengatur keseimbangan tabung utama teleskop dalam sumbu rotasi deklinasi dan sumbu rotasi sudut-jam (RA);
§  Mengatur Finder Scope sehingga objek yang terlihat di finder scope sama dengan objek yang terlihat di lensa okuler (eye piece);
§  Mengatur posisi teleskop sehingga sejajar dengan sumbu rotasi bumi.  Jika tempat pengamatan berada di belahan bumi utara maka teleskop dapat diarahkan ke bintang Polaris yang berada dekat dengan kutub utara langit.


Cara menggunakannya:
§  Setelah teleskop dipersiapkan sedemikian rupa maka kita perlu tahu koordinat objek langit yang akan diamati.  Software planetarium, seperti Stellarium (http://www.stellarium.org), (http://www.sky-map.org/ ) dan juga boleh install sky map di android masing-masing. Ianya dapat membantu kita untuk menemukan koordinat benda langit yang akan diamati.


Teleskop 10 inci. lama dah berjasa kat student2 falak di UM. Legend kan? ^^

Yang ni teleskop di Balaicerap Teluk Kemang, Port Dickson. agak berapa juta? Tak boleh nak buka, pasang, tutup. memang sedia ada kat situ. . 


# Bagi yang mahu belajar cara pengendalian teleskop, perlu mempraktikkannya supaya ianya lebih jelas dan faham. Jika sekadar baca, mungkin tidak faham secara keseluruhannya.

sekian. Selamat mencerap ! :)

No comments:

Post a Comment